Rabu, 14 September 2016

Kemerdekaan yang Sama Dinikmati

#Merdeka59 

Cuti sekolah seminggu. Baru ada masa nak update blog. Bulan depan dah PT3. Lagi 2 hari pulak, hari Malaysia. Tak sempat nak update blog bulan lepas, jadi saya update blog saya untuk bulan ni. Lepas PT3 nanti, mungkin saya akan selalu update blog saya agar sentiasa segar dengan update yang terkini.

Rasanya tak banyak kot saya nak cerita sebab saya pun bukannya nak menerangkan sesuatu kepada anda semua. Jadi, seperti biasa. Saya cuma cerita sedikitlah peristiwa yang berlaku dalam hidup saya pada bulan lepas sehingga ke masa saya update sekarang ni.

Merdeka 
Bulan lepas adalah bulan kemerdekaan kerana negara Malaysia menyambut kemerdekaan pada 31 Ogos setiap tahun (Rasanya korang pun memang dah lama tahu). Sekolah saya mengadakan majlis perasmian dan majlis penutupan bulan kebangsaan dan kemanusiaan seperti biasa yang sekolah saya buat setiap tahun. Pada pendapat saya, kemerdekaan negara tahun ini sedikit berbeza (berbeza yang baik) kerana sekolah saya telah menerima seorang pelajar pertukaran yang kedua. Orangnya perempuan dan berasal dari Itali. Timing dia memang cantik. Datang Malaysia masa dekat-dekat nak merdeka dan masuk sekolah betul-betul waktu majlis perasmian untuk bulan kebangsaan dilaksanakan.

Pelantikan Pengawas 
Tak banyak nak cerita bahagian ni, cuma saya, kawan-kawan pengawas saya dan pengawas yang baharu telah pun dilantik sebagai pengawas sekolah bagi sesi 2016/2017. Nampaknya saya dah ada jawatan. Saya bukan minta pun, tapi saya tetap bersyukur walaupun saya tahu yang saya akan menggalas tanggungjawab yang lebih berat. Saya jadi penolong unit siaraya. Jadi, saya dan ketua sayalah yang setiap hari dan setiap minggu kena pasang sistem PA, lagu patriotik (sepanjang bulan kebangsaan), naikkan bendera Malaysia, negeri Selangor dan bendera sekolah. Kalau tak silap saya, apa-apa kenyataan baru yang nak dipasang di papan kenyataan pun kami yang kena uruskan.

Hari Raya Aidiladha/Haji/Korban 
Korang pun tahu yang dalam cuti seminggu ni, rakyat Malaysia dan khususnya buat umat Islam diseluruh dunia menyambut perayaan "Hari Raya Aidiladha" dan melaksanakan ibadah haji dan juga melakukan korban. Tahun ni, macam biasa, saya cuma sempat solat sunat sahaja, tapi tak sempat tengok cara mereka melaksanakan korban tu (kesiannya saya tak pernah tengok walaupun dah 15 tahun hidup di dunia ini).

Okay, jadi itu sahaja untuk kali ini. Gembira rasanya dapat mencipta memori baru bersama kawan-kawan, guru-guru, dan semua orang di sekeliling saya.

Selamat Hari Kebangsaan yang ke-59 dan Selamat Hari Malaysia yang ke-53 !

 MUHAMAD AZLAN ISLAM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan