Sabtu, 4 Jun 2016

The Flash Musim Dua (Season 2)

Credit: The CW
Kembali lagi saya pada hari ini untuk update blog saya yang dah sebulan lebih tidak diupdate. Langsung tak ada apa-apa pun yang saya update untuk bulan Mei. Hmmm.. jadi, sebelum cuti sekolah selama dua minggu ini berakhir, saya nak update dululah. Sebab, memang tak akan ada cukup masa kalau saya nak update hari lain nanti.

Ok, mari terus ke topik. Seperti kebanyakan rakyat Malaysia yang selalu menonton TV3 sehingga lewat malam tahu bahawa rancangan bersiri "The Flash" ditayangkan pada setiap hari Selasa.

"The Flash" yang ditayangkan di Malaysia sekarang ni baru musim satu (season one). Tapi, sebenarnya dah masuk musim yang ke-2 dah (season 2).

Beberapa minggu yang lepas (malas nak ingat tarikh), episod terakhir "The Flash" untuk musim yang ke-2 dah berakhir iaitu episod ke-23 yang diberikan tajuk "The Race of His Life".

Walaupun Malaysia baru menayangkan musim satu (season one), saya sentiasa mengikuti perkembangan terkini episod-episod yang terbaru musim dua (season two), bukan itu sahaja, malah saya sendiri sudah menonton kesemua episod musim dua (season two). Tengok macam mana tu, saya tak boleh nak beritahu lah. Tapi, rancangan ini pun boleh di-stream di laman web rasmi "The CW".

Mungkin ada dalam kalangan pembaca yang macam 'masih tak tahu apa yang saya nak sampaikan' sekarang ni, tapi tak apa, saya rasa apa yang saya cuba sampaikan ni, kebanyakan orang panggilnya 'review'. Ha ! Dah dapat dah ? Baguslah kalau dah faham.

Credit: The CW

Dalam gambar yang diatas ini, kita boleh nampak The Flash sedang bersedia untuk berlumba dengan orang disebelahnya tu, yang pakai sut warna hitam dan ada macam elektrik warna biru, nama dia "Zoom". Jangan fikir "Zoom In dan Zoom Out" pula.

Jadi, masa ni, Barry Allen (The Flash) memang terpaksa lumba dengan dialah untuk selamatkan ayah angkat dia (Joe West). Zoom ni tengah plan nak musnahkan multiverse dan tinggalkan hanya universe yang mereka berada itu sahaja supaya Zoom akan jadi The Fastest Man Alive. Kiranya macam Zoom ni gila kuasa sikit lah.

Credit: The CW

Gambar yang diatas ini pula dipanggil "Magnetar". Alat yang digunakan untuk menghapuskan semua universe lain. Saya rasa anda semua dapat lihat ada macam blur warna biru dan merah yang ada di atas magnetar tu. Itu The Flash dan Zoom yang sedang berlari pada magnetar tu untuk aktifkannya.

Bila magnetar tu dah berfungsi, Zoom ingat dia dah nak menang lah tu. Siap cakap 'Bye-bye, multiverse.', tapi, sebenarnya, The Flash yang sedang menang sebab dia dah buat time remnant. Time remnant tu macam salinan diri dia. Tengok gambar bawah ni kalau nak lebih faham lagi...

Credit: The CW

Ya. Itulah dia yang kita panggil time remnant. Cuba bayangkan, kalau dia buat banyak time remnant, mesti senang kerja dia. Dah ada banyak diri dia, lepas tu, semua ada super speed pulak tu. Tapi, dia tak boleh lah terus buat macam tu, nanti dia rosakkan timeline pulak.

Credit: The CW

Ha... ni macam spoiler. Kalau ikut komik, rupa dia dah jadi macam Black Flash. Masa ni dua Time Wraith ambil Zoom sebab dia dah kacau timeline, rupa Zoom terus berubah jadi macam ni dan elektrik dia dah jadi warna merah semula. Mungkinkah dia akan jadi Black Flash ?

Credit: The CW

Inilah dia.. Jay Garrick yang sebenar. Kalau ada antara pembaca yang juga telah menonton semua episod The Flash musim dua, mesti pembaca tahu yang Zoom iaitu Hunter Zolomon menyamar sebagai The Flash daripada Earth-2 iaitu Jay Garrick. Bukan itu sahaja, pembaca juga mesti tahu yang Man in the Iron Mask itu ialah Jay Garrick yang ada pada gambar di atas ini.

Harrison Wells dan Jesse pun rancang untuk pulang ke Earth-2. Jay Garrick pada gambar di atas yang berasal dari Earth-3 yang hantar mereka berdua pulang ke Earth-2.

Dapat saya simpulkan di sini yang saya memang suka rancangan "The Flash" ni sebab dia boleh lari sangat laju. Hmmm.. nak kata apa lagi, saya memang suka kelajuan. Cuma satu jer lah, satu je yang saya rasa kurang berpuas hati tentang episod terakhir ni.

Credit: The CW

The Flash kembali ke masa silam pada hari mak dia dibunuh oleh The Reverse-Flash dan selamatkan mak dia. Ah !!! Kenapa Barry ?

Kalau kita lihat pada komik Flashpoint dan filem kartun dia Justice League: The Flashpoint Paradox, dia memang buat silap besar dan dia perlu perbetulkan semula apa yang dia dah buat. Tapi, ceritanya akan disambung pada musim tiga dan setakat ni, belum ada lagi pengumuman rasmi tentang tarikh mereka akan mula tayangkan musim yang ke-3.

Dia kan ϟ The Flash ϟ , dia mesti boleh !

MUHAMAD AZLAN ISLAM .

Tiada ulasan: