Ahad, 17 April 2016

Memori Bermakna - Karnival Sains & Komuniti di Sekolah Kebangsaan Batu Unjur

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Ini cerita bulan lepas, tapi, hmmm.. faham-faham ler, baru sekarang saya ada cukup masa untuk update.

Saya memang gembira sangat tentang cerita ni , jadi saya tak nak panjangkannya sangat sebab saya masih nak menghayati kegembiraan yang saya rasa.

Saya rasa, mungkin inilah cerita yang paling saya  tak dapat nak lupakan. Tak dapat juga nak gambarkan perasaan tu bila akhirnya berpeluang berjumpa dengan salah seorang antara orang yang saya nak sangat jumpa.

Poster Karnival Sains & Komuniti

26 Mac 2016, Sabtu - Saya bangun kira-kira pukul 5:30 pagi pada hari itu. Kemudian, saya mandi dan menunaikan solat subuh apabila sudah masuk waktu. Selepas saya dan adik saya dah bersiap, ayah saya pun menghantar kami ke sekolah adik saya iaitu SKBU (Sekolah Kebangsaan Batu Unjur).

Tiba di sekolah, saya lihat guru-guru sibuk menyusun barang-barang, makanan dan minuman yang akan dijual sebaik sahaja karnival itu bermula. Seminggu sebelum karnival, adik saya dah beli kupon sebab memang mereka tidak akan menerima duit kertas pada hari itu. Kad kredit pun sama.



Pukul 8:00-9:00 pagi , karnival sudah bermula. Saya beratur panjang untuk naik ke bas pameran dari Petrosains. 


Kemudian, dalam pukul 10:00 pagi macam tu, setelah sekian lama penantian, tibalah..

Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha
 
Angkasawan Malaysia yang pertama ke angkasa lepas

Perasaan tu memang tak dapat nak digambarkan sebab dah teruja sangat. Masa kecil dulu, saya memang bercita-cita nak jadi angkasawan, nak sangat jumpa angkasawan.

Bila dapat jumpa

Datuk Dr. Sheikh Muszaphar

Face to face , memang seronok rasanya di hati.

Pukul 11:00 pagi, sesi fotografi bersama Datuk Dr. Sheikh Muszaphar, saya memang tak sempat nak tangkap gambar dengan dia sebab saya masuk bas pameran kali ke-2 kalau tak silap sayalah sebab saya naik bas pameran tu tiga kali.

Dapat wefie bersama Datuk Dr. Sheikh Muszaphar !

Alhamdulillah,

Susah betul saya nak dapatkan gambar bersama dia. Akhirnya, dapat juga. Saya terpaksa tolak beberapa orang untuk tangkap gambar ni sebab ramai orang berebut-rebut nak tangkap gambar dengan dia. Masa ni sebenarnya dia dah nak balik, kereta dia dah ada betul-betul depan kami jer masa ni.

Paling seronok tu bila dia peluk separuh badan saya masa kami tangkap gambar. Bukan dalam gambar ni, tapi gambar yang lain. Separuh pun jadilah. Rasa nak peluk dia balik, tapi memang tak dapatlah dalam keadaan orang ramai yang berada di sekeliling kami masa tu.

Tak apalah, yang penting saya dah dapat tangkap gambar ni bersama dia sebagai kenangan yang bermakna.

Insya-Allah, kalau ada rezeki di lain waktu, saya mahu berjumpa dengan Datuk Dr. Sheikh Muszaphar lagi untuk tanya lebih soalan pada dia.

Terfikir juga nak tanya kalau dia ada jumpa makhluk lain ke masa dia di angkasa tu.

Terima Kasih lagi saya ucapkan kerana sentiasa sudi membaca,

MUHAMAD AZLAN ISLAM .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan