Khamis, 17 Mac 2016

Kem - Perkhemahan Kadet Bomba & Penyelamat Malaysia Peringkat Daerah Klang (2016)

#throwback , mungkin hashtag itulah yang terbaik untuk saya gambarkan kem yang saya sertai pada bulan Februari 2016 ini.

Pertandingan

Dah masuk bulan Mac, baru sekarang saya dapat update tentang kem bomba ni. Seperti yang saya nyatakan pada cerita saya yang sebelum ini, saya memang kesuntukan masa dalam banyak perkara baru-baru ini dan menyebabkan saya tidak dapat untuk mengemas kini cerita terbaru tentang saya dalam blog ini. Jadi, sekarang saya ada masa yang cukup, mungkin inilah masa yang terbaik untuk saya ceritakan kerana ada masa untuk saya gunakan. (Kenapa ayat saya ni macam pelik je ?) Arhh.. tak kisahlah.

Terus kepada cerita,

Cerita

Tersebutlah kisah, seorang pemuda, ingin menyertai perkhemahan kadet bomba, tapi tak dapat.

Ok, jangan keliru bila saya kata tak dapat. Memang tak dapat pada mulanya sebab guru penasihat untuk kadet bomba di sekolah saya kata yang kami (kadet bomba yang ingin menyertai kem bomba) tidak dapat pergi ke lokasi kem tersebut dijalankan atas alasan tiada kenderaan untuk ke sana. Mula-mula tu, adalah sikit rasa kecewa dalam hati sebab kami fikir memang tak dapat pergi. Terpaksalah pakai ilmu kebombaan yang lama untuk diajarkan kepada kadet-kadet bomba yang masih muda di sekolah saya.

Jeng.. jeng.. jeng , tidak pula saya sangka. 6 hari (seminggu kurang satu) sebelum kem itu dijalankan, iaitu pada hari Rabu, waktu petang, semasa saya sedang mengajar rakan-rakan saya kawad statik, apabila guru penasihat saya itu melihat cara saya memberi arahan dengan penuh semangat sampai tekak saya dah kering dan mula sakit, dia beritahu saya pada keesokkan harinya yang saya dan rakan-rakan saya yang hendak pergi ke kem bomba dapat pergi ke sana. Cikgu saya tu kata, bila dia lihat semangat saya tu, dia nak saya jadi macam 'orang yang mengetuai kadet bomba di sekolah saya'. Kalau tak silap saya, dia siap cakap yang dia nak saya jadi Presiden untuk bomba (di sekolah saya, Presiden tu Pengerusi, jangan tersilap dengan Presiden sesebuah negara pula). Masa mesyuarat agung kokurikulum untuk kadet bomba di sekolah saya, memang ada yang nak lantik saya pada mulanya. Saya memang tak nak lah. Dah lah sekarang ni saya ada banyak perkara nak kena buat, kalau saya jadi Presiden, lagi banyaklah tanggungjawabnya. Jadi, saya beri alasan kepada cikgu saya yang saya tak nak jadi Presiden sebab saya baru tingkatan 3. Yer lah kan, biasanya cikgu akan pilih Pengerusi daripada tingkatan 5 kerana tahun mereka adalah tahun terakhir untuk mereka. Akhirnya, saya pun tidak berjawatan dan hanya sekadar tukang beri arahan dan mengajar ketika kawad.

Seronoooooooooooooooooook sangat bila dapat berita yang menggembirakan tu. Dapat pergi ke kem, dan ada kenderaan. Tapi, cikgu yang akan menghantar kami itu ialah seorang cikgu baru di sekolah kami. Baru lagilah dalam seminggu macam tu. Tak kisah sangatlah tentang cikgu baru, apa yang kami kisah, dapat pergi ke kem. Cikgu baru tu orangnya baik dan menyeronokkan, orangnya peramah dan selalu buat kami ketawa semasa kami bertolak dari sekolah ke kem dan masa perjalanan pulang ke rumah dari kem.

Di Kem

Masa di kem, Hahaha , saya dah biasa dekat kem, jadi, apa jer orang cakap, masuk telinga kiri keluar telinga kanan lah. Biasalah tu kena marah, kena denda dan macam-macam lagilah. Walaupun macam tu, tidak sedikit pun semangat saya kecundang. Tetap terus bersemangat demi mencapai matlamat. Waktu dah dapat kumpulan, semua kumpulan pun ke tempat berkumpul masing-masing dan mula berbaris dalam satu barisan. Entahlah macam mana saya boleh tersesat pula, sedih betul masa tu. Bila dah jumpa kumpulan saya, terus kena denda turun 36. Sebab saya orang yang ke-36 dalam barisan (orang terakhir sebab datang lambat kerana tersesat). Istilah 'turun' di sini membawa maksud "push up". Jadi, itu kali pertama kena turun untuk kem kali ni.

Barisan Kadet Bomba & Penyelamat Malaysia Peringkat Daerah Klang 2016. Kredit kepada @naa.syz (Instagram)

Pertandingan

Kem ni pun berjalan macam biasa, setiap orang pasti akan ada pertandingan yang disertai dan kami selalu berlatih kawad kaki. Saya masuk pertandingan ASPEC Challenge (Asas Pertolongan Cemas Challenge). Pertandingan ni, kerjanya rawat mangsa je. Ya lah, kami ni "Kadet Bomba & Penyelamat Malaysia". Bukan "Kadet Bomba" sahaja. Ramai salah faham, bila kata tentang bomba je, mesti mereka akan kaitkan dengan kebakaran, bila terfikir kebakaran, mesti akan mereka gambarkan api dalam fikiran. Perlu difahamkan di sini bahawa tugas bomba bukan sahaja untuk memadamkan kebakaran, tapi, bomba juga bertugas untuk menyelamat dan mengkaji punca kebakaran. Dah lah.. tak nak panjangkan lagi hal ni, lama pula nak habis cerita saya ni.

Kawad Kaki



Mari kita ke bahagian kawad pula, kawad ni lah aktiviti yang memang saya boleh katakan 'wajib' ada dalam kem ni. Memang kena ada, tak sah lah kalau tak ada. Masa saya mula belajar kawad kaki bomba ni iaitu masa saya tingkatan 1, rasa macam susah je pada awalnya sebab saya langsung tak faham kaki mana nak gerak dan tangan mana yang nak dihayun. Masa tu, memang tak minat kawad. Tak lah benci, cuma tak minat. Lama-kelamaan, bila dah sertai pertandingan kawad kaki, rasa macam seronok jugalah. Saya pun mula minat dan belajar semua gerakan yang ada. Siap hafal arahannya. Akhirnya, dapat jadi ketua kawad dalam sekolah. Dalam sekolah jer, tapi, bolehlah daripada tak ada langsung.

Kem kali ni, dia tak banyak ajar, kebanyakannya dia cuma ingatkan jer langkah-langkahnya sebab kebanyakan peserta kem kali ini memang dah tahu cara nak kawad, cuma ada beberapa orang yang masih perlu diperbetulkan lagi untuk bagi kawad tu nampak cantik dan seragam. Saya Ok lah , cuma ada sedikit yang terlupa dan saya minta tunjuk ajar sekali lagi untuk beberapa langkah seperti 'hormat kekanan'.

Hari ketiga di kem (hari terakhir), pertandingan kawad kaki mula dijalankan. Pertandingan kawad ni memang selalu dijalankan pada hari terakhir perkhemahan. Pasukan saya iaitu pasukan dua berjaya mendapat naib johan (tempat kedua) dalam pertandingan kawad tu. Sungguh kami tidak sangka sebab masa kami kawad tu, ada sedikit kecacatan yang berlaku. Antara penyebab berlakunya kecacatan tu adalah berpunca daripada lumpur yang ada pada hujung kon yang kami perlu belok ke kiri. Kebanyakan orang tak perasan sebab semua orang kena pandang depan masa kawad. Apa-apa yang ada kat bawah, kena abaikan jer lah. Habis kawad, berlumpur boots kawad kami. Saya tak nampak walau satu pun boots yang bersih selepas kawad (kecuali orang yang tak sertai kawad).

Ini kumpulan saya. Kumpulan 2. Saya memang tiada dalam gambar ni sebab saya balik awal. Hmmm, dah nasib kena balik awal. Kredit kepada @naa.syz (Instagram). Terima Kasih untuk kedua-dua foto yang bermakna buat saya ini.

Nak disimpulkan di sini, pengalaman tu memang menyeronokkan lah. Dapat ilmu kebombaan dan dapat kawan baru. Tak kira panas macam mana pun, tapi kami semua masih bertahan. Ya lah, kem tiga hari je, bukan sebulan pun.

Macam biasalah.. tak perlu dipanjangkan lagi. Sampai di sini sahaja saya nak ceritakan pengalaman saya pada kali ini.

Terima Kasih kerana sudi membaca,  

MUHAMAD AZLAN ISLAM .

2 ulasan:

  1. Haha,untung laa masuk bomba...pasal media social nak yg mne? Facebook? Wechat? Sorry laa..farah tkde Twitter

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak ada Twitter, tak apa. Azlan cuma nak yang Farah selalu pakai, jadi mudah sikit untuk dihubungi. Kalau WeChat, sorry lah Farah sebab phone Azlan baru kena curi tahun lepas dan Azlan belum beli yang baru lagi. Kalau Instagram atau Facebook mungkin boleh.

      Jadi, Farah ada Instagram ?

      Padam