Selasa, 19 Januari 2016

19 Januari - Tarikh Keramat

Alhamdulillah. Sudah 15 tahun berlalu. Hari ini dah masuk hari lahir saya yang ke-15. Dah cukup 15 tahun, kena ambil exam PT3 pulak tu tahun ni. Harap-harap saya berjayalah mendapat keputusan yang cemerlang untuk PT3 tahun ni. Amin.

Tahun ~
Gambar hiasan. 

Hari ni hari selasa. Macam biasalah, hari sekolah. So, memang kena ke sekolah lah. Kat sekolah hari ni, ada lah juga beberapa orang yang ingat birthday saya. Tapi, kebanyakan yang ingat tu sebab saya dah beritahu sehari sebelum hari ni. Ada juga yang ingat sebab Facebook tolong mereka ingatkan. Hmmm.. tak perlah, yang penting mereka ingat.

Hari ni memang saya cerialah. Ya lah kan, orang kata "birthday boy". Mana tak gembiranya. Lagi-lagi bila teringatkan semula kenagan masa lalu sejak saya kecil lagi. Tahun ni macam biasa je, sambut kecil-kecilan. Saya rasa, kalau saya dah besar nanti, kalau ada kesempatan, mungkin saya akan buat majlis. Kalau jer lah. Tak janji.

Tentang hari lahir saya ni lah kan, biar saya beritahu sikit. Seperti yang anda lihat pada tajuk. Saya lahir pada 19 Januari dan saya dah nyatakan juga bahawa saya sudah berumur 15 tahun pada hari lahir saya kali ini. Bermaksud, 15 tahun lepas itu, mengikut pengiraan sudah tentu tahun 2001. Kalau korang kaji lagi tarikh tu, masa tu saya lahir hari Jumaat. Saya lahir waktu pagi. Pukul 10:15 pagi. Masa kat sekolah, saya rehat pukul 10:10 pagi, kiranya saya berumur tepat 15 tahun pada 5 minit selepas waktu rehat mula.

Mak saya kata, saya lahir masa hari raya. Bulan syawal lah. Bila saya kaji sikit, ya.. memang betul. Tapi, saya tak pasti tentang tarikhnya yang tepat. Sebab bila check secara online, ada yang menunjukkan 23 syawal, 24 syawal, dan 25 syawal. Entah lah yang mana betul pun saya tak tahu. Kalendar lama tahun 2001 pulak tak ada untuk dirujuk. Dulu kan ada kalendar yang siap tunjuk tahun hijrah sekali. Sampai sekarang masih ada orang pakai kalendar tu. Saya pun suka juga kalendar tu sebab ada banyak gambar orang main polo (gambar orang naik kuda sambil pegang sesuatu yang panjang). Orang panggil kalendar malaysia.

--- Pause jap.. nak sambut birthday dulu.. saya akan post gambar-gambar lain di post yang seterusnya.

2 ulasan:

  1. Kita sebaya lah, haha..meh singgah sini ;)http://budaksekolahstory.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah singgah. Lawa blog. Datang-datang selalu ya kat blog saya ;)

      Padam