Isnin, 28 Disember 2015

Clash of Clans - Lost Village

Ok.. Mesti ramai kan yang main game 'Clash of Clans' ? ataupun singkatannya iaitu 'COC'. Yang main game ni, mesti lah tahu.. game ni boleh main kat phone. Boleh juga main kat PC kalau ada android emulator macam BlueStacks.

Ada orang yang dah pautkan akaun coc dia dengan akaun google dia. Tapi, lepas tu, lupa email. Ada juga yang lupa password. Yang paling dahsyat tu bila dia lupa email dengan password sekali. Hmm.. bila reset phone atau ter-clear data coc, habis padam. Hilang dia punya base. Atau dengan erti kata lain 'Lost Village'.

Time macam ni lah, pemain setia coc ni dah risau. Dah fikir macam-macam cara untuk dapatkan akaun dia balik. Tapi, kalau dia tahu cara nak dapatkan balik akaun dia tu, dia mesti rilek je. Bertenang je. Takde risau-risau sebab dia tahu SUPERCELL boleh tolong.

Saya pun pernah kehilangan akaun saya juga. Saya faham perasaannya. Sebenarnyalah kan, bukan sekali hilang. Tapi dah dalam 3 kali. Ye, 3 kali dah. Kali pertama hilang, sebab saya ter-batalkan akses google untuk akaun coc saya. Kali kedua, sebab saya terbuka akaun saya yang hilang tu dalam akaun saya yang dah ada. Senang citer, akaun yang pertama tu tertukar dengan akaun yang kedua, dan akaun yang kedua tu tak terpaut dengan mana-mana akaun google saya. Jadi, tak boleh dapat balik kecuali terpaksa minta tolong balik kat SUPERCELL. Dah dapat dua-dua akaun, semua ok je. Jadi, dah dua kali hilang.

Sehinggalah, pada suatu hari, 23 Oktober 2015. Masih segar dalam ingatan saya lagi tarikh tu. Hari tu hari Jumaat, masanya dalam pukul 4-5 petang. Phone saya telah dicuri oleh seseorang yang saya cuba bantu. Tak sangka, saya nak bantu orang tu, orang tu pula yang curi phone saya. Jadi, kepada pembaca yang dah baca sampai sini , saya pun nak nasihatkanlah sebab dah kena pada saya, jangan senang percaya orang yang tak dikenali, jangan beri phone sebab orang sekarang ni semuanya mesti ada sekurang-kurangnya phone Nokia yang lama tu. Cuma nak ingatkan supaya tak terkena pada korang pula.

Bila phone tu dah hilang, apa lagi.. semua yang tersimpan dalam phone tu tanpa 'backup' pun hilang jugalah. Semua lagu, muzik video, dokumen pdf, dan lain-lain lesap begitu saja. Tapi, tak perlah, saya kena terima sajalah. Memang ini akibat buat saya sebab tak ingat pesan mak saya untuk sentiasa berhati-hati bila berada di luar.

Phone hilang, semua akaun coc yang dah ada akaun google masing-masing selamat. Tapi ada satu akaun yang saya terlupa email iaitu akaun yang saya baru dapat daripada kehilangan kali kedua. Masa ni lah saya mula cuba dapatkan akaun saya itu sekali lagi. Dah masuk kali ketiga. Akhirnya, saya dapat juga, dan saya sentiasa dapat.

Tak nak cerita panjang lagilah. Kalau ada orang yang kehilangan base dia juga dan nak balik boleh lah hubungi pihak SUPERCELL melalui 'Help and support' dalam coc.

Bawah ni, contoh soalan-soalan yang ditanya kepada saya setiap kali saya cuba dapatkan semula akaun saya yang hilang.

Ni contohnya

Kata-kata terakhir daripada saya, kalau nak dapatkan balik akaun tu, cubalah ingat semua jawapan korang sendiri untuk soalan-soalan di atas. Oh ya.. jangan lupa, sentiasa berhati-hati, jangan pandang rendah pada orang yang kelihatan biasa, sebab mungkin dia cukup luar biasa untuk melakukan jenayah seperti mencuri phone anda.

2 ulasan:

  1. Macam mana kita nk simpan acc kita y dikembalikan

    BalasPadam
  2. Macam mana kita nk simpan acc kita y dikembalikan

    BalasPadam