Sabtu, 7 November 2015

Majlis Pelantikan - Le' Royale SMK Bukit Tinggi, Klang

Di dalam bas

















6 November 2015, JUMAAT - Ianya pagi yang indah dan hari yang baik untuk memulakan perjalanan. Cuaca pada hari itu pun ok je. Sekolah saya nak mengadakan majlis pelantikan di sekolah untuk kami (pengawas sekolah), tapi kalau tak silap saya, setiap hari Isnin, iaitu hari perhimpunan rasmi, yang juga merupakan hari kami patut dilantik, jerebu melanda dan sekolah ditutup ~ tiga minggu dah majlis pelantikan tertangguh, kalau tak silap sayalah.

Kami pun tertanya-tanya bilalah agaknya kami akan dilantik untuk menjadi pengawas secara rasmi bagi sesi 2015/2016. Akhirnya, cikgu kami beritahu yang kami akan dilantik di Merrida Hotel. Majlis pelantikan itu akan dipanggil 'Majlis Le' Royale'. Sebenarnya saya sendiri pun tak tahu mana satu ejaan yang betul sebab dalam surat kebenaran, hadiah, dan tulisan yang dilekat depan pentas pun ejaannya berlainan.

Antara ejaannya:

1.Le' Royale
2.Le Royale'
3.Le' Royal
4.Le Royal'
5.La' Royale
6.La Royale'
7.La' Royal
8.La Royal'

Tak kesah sangatlah pasal ejaan tu. Sebenarnyalah, bukan semua yang pergi ke sana naik bas, ada yang naik pengangkutan sendiri. Cikgu memang suruh kami pergi sendiri, tapi disebabkan ramai sangat takde apa-apa pengangkutan nak ke sana atas sebab yang tertentu, cikgu pun dapatkanlah satu bas, dan berjaya. Saya antara yang naik bas lah. Gambar pertama pun dah tunjukkan saya berada di dalam bas.



Mari saya teruskan cerita,

Itu dia, sekolah di mana saya belajar, dah nak bertolak masa ni
Ini ejaan seperti nombor satu di atas, majlis kami berlangsung di Berkeley BALLROOM

Masih tak ramai lagi orang yang sampai
Ok, masih ejaan nombor satu nampaknya, kita boleh nampak ada belon-belon di atas tu
Ini cuma kaki saya, tak ada apa-apa sangat pun, teruskan scroll ke bawah

Majlis berlangsung seperti biasa, saya kena baca doa masa tu. Tak de skrip, kena baca sendiri. Saya sendiri pun tak tahu saya yang kena baca, tiba-tiba nama saya disebut. Redha je.

Kemudian, waktu makan. Makanan dia pun boleh tahan. Air dia pun boleh tahan juga. Selesai makan, saya main  Rubik's Cube yang kawan saya bawa.




Lepas waktu makan, majlis diteruskan dengan penyampaian watikah pelantikan untuk pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan pembimbing rakan sebaya.


Dah dapat name tag dan nampaknya saya dah mula memikul satu tanggungjawab baru di sekolah

Ini sijil pelantikan saya, maaflah, nama kena blur-kan sikit

Dapat buku nota sekali, mungkin cikgu nak kami tulis salah laku murid dalam buku ni, hehehe

Anugerah khas, walaupun ditulis 'Pemimpin Cemerlang' tapi masih dikategorikan untuk 'Anugerah khas', mungkin cikgu tak sempat nak buat yang lain kot, kalau lihat ke bawa sikit, boleh nampak ejaan seperti nombor enam

'Dijemput penerima anugerah khas, saudara Muhamad Azlan......' 

Lebih kurang macam tu lah panggilan untuk saya. Terharu betul. Tidak ku sangka dapat penghargaan seperti ini. Tidak ku harapkan juga. Tapi, Alhamdulillah kerana saya dapat.

Memang terharu betul, dah lah dia pasang 'Akim - Mewangi' punya muzik. Air mata saya memang mengalir sikit masa tu, saya ingat nak alirkan banyak lagi, tapi sebab kena naik pentas, kenalah cover sikit.

Kan, kan ;)


Boleh tahan anugerah ni, cuma 'MAJLIS PERLANTIKAN', setahu saya, ejaannya 'PELANTIKAN', Hmm.. saya rasa tak perlulah saya nak komen lagi tentang ejaan
Anugerah disertakan sekali dengan jam tangan, saya suka jam tangan ni, cuma, sejujurnya, saya kurang suka pada jam tangan yang tak ada nombor, kena pandai agak-agak lah waktu kalau pakai jam tangan macam ni, tapi saya tetap suka, terima kasih be-banyak lah kepada yang menyediakan hadiah

Majlis dah nak tutup, sebelum tutup.. hehehe. 6 November kan masa majlis ni... dan, harinya adalah hari lahir seseorang yang selalu beri kami peluang untuk menjadi orang yang lebih baik.



Hari lahir Cikgu Emi ! Rancangan berjaya, cikgu tak tahu tentang ni.
 Selamat hari lahir, Cikgu Emi !

Tangkap gambar dengan Cikgu Emi
Ini gambar di dalam bas masa kami dah nak bertolak kembali ke sekolah

Majlis Pelantikan ni memang seronok, dapat sijil pelantikan, dapat hadiah, dapat makan dan minum yang sedap, dapat tempat yang selesa, dapat eratkan hubungan dengan kawan-kawan sekolah, dapat sambut hari lahir cikgu secara kejutan, dan paling penting, dapat memberi motivasi kepada kami semua untuk menjadi seorang pemimpin yang lebih baik daripada sebelum ini. 

Gambar sebagai penutup - bas dah nak bertolak

Terima Kasih Cikgu untuk majlis ini, nanti buat yang lebih meriah yer. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan