Selasa, 6 Oktober 2015

Pizza

Tajuk pun "Pizza", jadi saya mulakan dengan gambar Pizza dulu

Tiga hari lepas daripada tarikh saya post tentang benda ni iaitu pada hari Sabtu yang bertarikh 3 Oktober 2015, mak saya order pizza daripada Domino's Pizza. Masa tu, saya tak ada di rumah, tengah bersiar-siar.

Sebenarnya bukan bersiar-siar sangat pun (Hehehe). Sebenarnyalah, saya pergi ke satu tempat yang ada free Wifi (tempatnya saya rahsiakan). Ya lah.. masa tu kan hari Sabtu, hari cuti. Jadi, waktu lepas Zohor tu, kira-kira pukul 2 petang, saya pun keluarlah mencari tempat yang ada free Wifi.

Tengah seronok men-scroll di Facebook dan membalas mesej di WhatsApp, tetiba mak saya call. Dia suruh saya pulang ke rumah. Katanya, ada pizza. Saya pun pulanglah. Sampai rumah, beri salam, terus cari pizza yang dinyatakan sebentar tadi.
 
Kemudian, terjumpalah salah-satu kotak pizza tu ...

Boleh nampak ada lagi 2 kotak besar dekat sebelah kanan tu

Isi dalam salah satu kotak pizza yang besar

Dapat banyak dia punya tisu dan chilli flakes ..tapi, satu pun tak guna. Semua masuk tong sampah, kecuali tisu sebab tisu ada kegunaannya yang penting.

Tisu dan Chilli Flakes

Mula-mula ingat ada satu je.. rupa-rupanya, ada 3 kotak pizza yang kecil, 3 kotak pizza yang besar dan dua kotak kecil, Hmmm..apa nama benda ni eh..

Ni bendanya

Ni isi dalamnya

Nah, gambar pizza terakhir

Boleh tahan sedap jugalah rasanya

(Gambar telah di-edit) Ni pula gambar saya nak makan, "gaya tu memang dibuat-buat je"


Kalau ada antara anda yang perasan, saya ada label "KFC" juga dalam post kali ni. Kenapa ? Sebab .. waktu malam pada hari itu, ayah saya pula bawa balik KFC. Memang murah rezeki lah hari tu. Alhamdulillah.

Banyak sangat makan pizza pun, rasa muak juga akhirnya. Tapi, perlu bersyukur kerana masih diberikan rezeki seperti ini. Ramai lagi orang di luar sana yang bersusah-payah bekerja demi mencari sesuap nasi. Semoga Allah murahkan dan tambahkan rezeki mereka. Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan