Isnin, 21 September 2015

Hobi - Rubik's Cube

Nah, saya bagi gambar dulu sebelum tulisan. Ni contoh Rubik's Cube yang biasa dimainkan dan dijual. Saiz 3x3x3. Gambar contoh daripada Google Image/Internet.

Kali ni saya nak cerita tentang pencarian saya semalam pada 20 September 2015 bersamaan dengan hari Ahad. Ok.. sekarang ni, tengah cuti seminggu. Jadi, rancangan pertama saya memang nak cari Rubik's Cube yang baru (yang biasa je, cuma nak buat main-main). Saya nak cari Cube yang biasa dulu, baru beli speedcube lain kali. Saya memang suka main Cube ni. Dah jadi salah satu hobi.

Kalau ada kawan-kawan saya yang nak belajar cara untuk menyelesaikan Cube ni, saya pasti akan ajar mereka. Setakat ni, dah ada 4 orang yang saya ajar, dah boleh selesaikan. Kawan-kawan saya yang lain tu, ada yang saya masih ajar mereka cara nak buat. Mereka memang nak tahu sangat-sangatlah cara nak buat warna Cube tu jadi semua sama.

Ok, mari teruskan cerita.. Jadi, saya pun ke Jusco, ataupun nama lainnya Γ†ON. Sampai sana, makan tengah hari dulu, lepastu, mulakan pencarian, barang yang dicari memang tak jumpa. Guna plan B, pergi ke POPULAR pula untuk cari. Ini bukan POPULAR yang maksudnya 'TERKENAL' tu. Ini POPULAR BOOK STORE. Tempat jual buku-buku, alat-alat tulis, peranti komputer dan yang seumpama dengannya. 

Nah, tengok ni, LOGO POPULAR

Gambar diambil daripada Google Image/Internet. Tiada niat untuk melanggar hak cipta.

Seterusnya, ke Tesco. Sampai je kat sana, terus ke Toys R Us. Tanya pekerja kedai, 

'Ada jual Rubik's Cube tak '

Kemudian.. Ya.. memang ada, tapi saiz 4x4x4. Saya cari saiz 3x3x3 dan kalau jumpa jenis-jenis Cube yang lain pun, kalau berminat, saya akan beli. Rubik's Cube 4x4x4 yang dijual tu memang nampak cantik. Memang originallah. Harganya sekitar RM80.00 macam tu. 

Tak jumpa di Tesco, kemudian ke GM KLANG, sebelum ke GM, sempat makan nasi briyani kat Tesco. Sedap juga. Hehe :3


Gambar diambil daripada Google Image/Internet sekali lagi. Tiada niat untuk melanggar hak cipta.

Banyak betul barang dekat GM ni. Dah nama pun 'Pusat Pemborong' ..  Wuhhh.. dah lah hari tu ada banyak orang, ditambah lagi dengan banyak barang. Menjadi terlalu banyaklah benda yang dilihat.

Saya ingat lagi, kalau bab mainan, memang ada banyak kat tingkat dua. Saya pergi tingkat dua.. perghhh.. mainan dia.. banyak betul LEGO. Macam-macam jenis LEGO ada. Setiap kedai yang jual LEGO tu memang macam bertandinglah. Siap buat pameran LEGO lagi. Boleh jadi LEGOLAND. Rasa macam nak ambil jer semua. Saya pun minat LEGO juga sebenarnya, tapi langsung tak ada niat nak beli LEGO hari tu.

Cari punya cari, akhirnya jumpa. Saya jumpa juga yang 6x6x6, original punya. Harga RM128. Hari tu, saya jumpa banyak jenis Cube. Macam-macam bentuk ada. Ada yang bulat, segi tiga (pyraminx), dan macam-macam lagilah. 

Jadi saya pun jumpa satu kotak Rubik's Cube 3x3x3. Sebenarnya ada banyak kotak yang dijual. Maksud saya, saya jumpa yang dijual dalam satu kotak. Tapi, Cube biasa je lah. Lepas beli Cube ni, saya jual dekat kawan saya yang baru nak belajar. Hehehe. Boleh berniaga.

Ini dia .. satu kotak punya. Kalau nak beli satu jer pun boleh.

Sebelum beli, mesti cuba dulu. Manalah tahu kalau dia sangkut-sangkut ke, asyik tersekat ke. Tapi, nampaknya tidak. Walaupun saya tak pernah cuba Cube ni, Cube ni ok-ok lah~ asal boleh main je. Lagipun, saya memang nak jual balik. Hahaha.

Satu kotak ada 6 Cube. Kalau beli satu, harganya RM8. Kalau beli satu kotak, dia akan kira satu Cube sama dengan RM5. Jadi, 6 Cube, 6x5 = 30. Harganya akan jadi, RM30 kalau beli satu kotak. Saya pun fikir, nak beli satu kotak atau nak beli satu jer? Hmm.. dalam fikiran saya 'Saya pun sebenarnya nak jual, so, kalau 1 je, tak cukuplah'. Akhirnya saya buat keputusan. Saya beli satu kotak.

Bila saya beli satu kotak, harganya jadi RM31.80. Dah boleh agak kenapa? Kalau GST lah yang anda fikirkan. YA! Tepat sekali. Ada GST. Sebab tu dia tambah lagi RM1.80.

Description-nya : 6PCS MAGIC CUBE-GXX-XIX.
Harganya satu RM5.00 . Jadi RM30.00 bila beli satu kotak.
Kita dapat lihat 6% GST ditambah di situ.

Maaflah sebab gambar kertas yang dah renyuk sikit atas ni. Jadi renyuk macam tu sebab kertas tu dimasukkan di dalam plastik bersama satu kotak Cube yang saya beli tu.


Ini yang saya beli untuk dijual semula.

Kalau beli, dalam tu ada 6 Cube, dan kesemua Cube memang dah selesai.
Nak cuba dulu. Maaf, gambar agak kabur sebab tidak difokuskan pada Cube.

3 ulasan: