Selasa, 15 September 2015

Harapan saya menjadi nyata - Blazer Pengawas

Tadaa! Inilah dia blazer yang pengawas kena pakai kalau kat sekolah saya

Beberapa hari ni tak sempat nak update blog. Banyak kerja sikit. Lagi-lagi ada jerebu yang makin teruk baru-baru ni.

Kali ni, saya nak share sikit tentang blazer yang saya baru dapat minggu lepas ni.

Ok, perasan tu memang tak dapat nak digambarkan lah. Memang dah lama tunggu hari ni. Akhirnya tiba juga. Blazer dah dapat ni, tapi pelantikan akan diadakan pada minggu pertama lepas cuti. Cuti seminggu dulu, baru dilantik menjadi pengawas sekolah yang rasmi. Tak sabar juga rasanya saya nak tunggu hari pelantikan tu.

Sebenarnya, memang dari tahun lepas (2014) saya cuba nak jadi pengawas sekolah. Yer lah.. masa tu baru tingkatan 1, jadi nak cuba nasib lah. Mana tahu kalau ada rezeki, mungkin dapat. Tapi, nak buat macam mana, tak dapat tahun lepas.

Walau macam mana sekalipun, saya tetap tak berputus asa. Saya memang nak jadi pengawas sekolah dan memang cuba dapatkan jawatan ini. Jadi, saya pun terus berusahalah. Tunjukkan pada cikgu-cikgu sekolah saya yang memang saya boleh menjadi seorang pengawas sekolah.

Ada jugalah beberapa orang guru yang tahun lepas tu tawarkan saya untuk jadi PRS (Pembimbing Rakan Sebaya) dan Pengawas Pusat Sumber. Tapi, saya memang dah nekad. Saya memang nak jadi pengawas sekolah. Lepastu, saya tolak jer lah tawaran cikgu-cikgu saya tu (Bersalah pulak rasanya). Sebab saya tahu, saya tak boleh biarkan impian saya terkubur begitu saja.

Saya pernah gagal, banyak kali, tapi saya tak boleh biarkan kegagalan itu melemahkan semangat saya untuk terus maju ke hadapan demi mencapai apa yang saya inginkan. Setiap usaha, jika diiringi dengan niat yang betul dan tawakal, Insya-Allah akan berjaya. Kalau orang lain boleh, takkan saya tak bolehkan ?

Dari dulu lagi, saya melihat kejayaan ramai orang. Dari situ juga, saya fikir 'Mereka boleh buat, saya pasti boleh buat'. Sejak hari tu lah saya mula minat dengan pelbagai bidang. Senang cerita, macam-macam lah saya minat. Kadang-kadang, bila kawan saya tengok saya boleh buat benda tu, boleh buat ni, ada antara mereka yang cakap dekat saya 'Azlan, janganlah jadi bagus dalam semua perkara' . Hmmm.. apa saya nak katakan. Saya bukan nak jadi bagus dalam semua perkara sebenarnya, saya cuma nak ubah diri saya jadi lebih baik dan berkemahiran supaya saya dapat melakukan pelbagai perkara yang mungkin setiap perkara tersebut tidak berkaitan antara satu sama lain, tapi dalam masa yang sama, ia masih saya yang sebenar dan saya mahu mereka menerima saya seadanya. Bukan bermaksud saya nak jadi seperti diri orang lain yang mahir dalam sesuatu bidang tetapi untuk menjadi orang yang banyak pengalaman. Kalau kita cuba jadi orang lain, yer... memang kita menipu diri kita sendiri. Saya pernah rasa, dan saya nak berdiri atas kejayaan saya sendiri.

Saya pernah dengar satu kata-kata 'Lebih baik orang tak suka kita dengan kebenaran daripada orang suka kita dengan kebohongan'. Saya percaya, jadi diri sendiri memang lebih baik daripada cuba jadi orang lain. Ini diri kita, kita boleh ubah jadi lebih baik. Begitu juga anda yang sedang membaca.

Sekian.. itu saja.. penat berceramah.. nak buat panjang lagi, tapi... nampaknya, saya masih sibuk lagi. Okay, nanti saya update lagilah kalau ada masa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan