Isnin, 31 Ogos 2015

Persidangan Intervensi Kaunseling Remaja 2015 di MSU (Management & Science University)

Hari rabu minggu lepas, iaitu pada 26 Ogos 2015, saya dan tiga orang rakan sekolah saya ke msu di Shah Alam untuk menghadiri 'Persidangan Intervensi Kaunseling Remaja 2015' yang diadakan di sana. Semua yang hadir ke sana ialah PRS (Pembimbing Rakan Sebaya). Ada juga orang yang memegang dua jawatan iaitu PRS dan Pengawas sekolah turut hadir ke persidangan ini.

Masa saya mula-mula datang ke msu ni, memang gambaran pertama saya macam ni ler = 'msu ni tinggi jugak' . Itulah yang saya cakap dalam hati bila nampak bangunan setinggi 16 tingkat di situ. Masa sampai kat msu, kami tangkap gambar dulu depan msu punya logo dan nama. Lepastu, terus naik tangga untuk cari tempat pendaftaran. Kalau tak silap saya, guru pengiring kami jer yang mendaftar, sebab murid tak perlu. Kami yang murid ni terus pergi ambil makanan dan cari meja.

Habis makan, masuk dalam dewan ler. Dengar ceramah, ada 4 ceramah kesemuanya selama kami di situ. Nasib baik bila ceramah habis, ada sesi 'Rehat Minda'. So, dapat rileks kan diri sikit. Tak pening-pening kepala.

Ni masa baru sampai msu. Tangkap gambar dulu untuk kenangan.

Masa duduk dalam dewan, sebelum kami berehat, saya dengar pengacara majlis ada kata 'Tingkat 16 ada swimming pool'. Jadi.. waktu rehat tu, lepas makan, saya terus pergi cari swimming pool. Naik sampai tingkat 16, lama tunggu. Saya jumpa banyak student kat situ, semua baik-baik ler.

Sampai tingkat 16, saya tertanya-tanya 'Mana swimming pool ni?' sebab masa tu saya nampak macam tempat untuk orang yang ada urusan jer. Kemudian, saya tanyalah salah seorang yang ada di situ, katanya, terus jer jalan, saya terus ler jalan, akhirnya jumpa..taadaaa ..



Persidangan ni memang seronok. Walaupun namanya 'persidangan', tapi ia taklah membosankan pun. Memang seronok dan pengalaman ini akan menjadi salah satu kenangan yang bermakna dalam hidup saya.

Last Selfie sebelum balik. Sebenarnya 'WeFie', bukan 'Selfie'. Hmmm. Takperler..

Nampaknya, sampai di sini jer lah untuk cerita pertama saya dalam blog ni. Pendek je, kan ?

Ada masa saya kongsi lagi cerita saya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan