Isnin, 31 Ogos 2015

Ia Merdeka, Ia Hari Kita Sambut Kemerdekaan Negara

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-58 dan Selamat Hari Malaysia yang ke-52 !

Setiap tahun, negara kita Malaysia memang akan sambut hari kemerdekaan ataupun kita panggil hari kebangsaan pada 31 ogos. Tarikh keramat ini memang tarikh kemerdekaan negara Malaysia.

Kalau macam tahun lepas, sambutannya boleh katakan .. ok lah, cuma tahun lepas memang disambut dengan suasana yang agak berbeza sekali. Kenapa berbeza ? Yer lah.. tahun lepas kan negara kita masih 'terkesan' dengan dua tragedi besar yang menimpa negara iaitu kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dan MH17 yang ditembak jatuh.



Tapi, tahun ini ia disambut dalam keadaan suasana yang agak meriah jugak. Pagi-pagi lagi saya dah duk menghadap tv tengok kawan-kawan sekolah saya yang mewakili sekolah untuk persembahan tarian di Dataran Merdeka. Saya memang suka tarian mereka dan walaupun ramai orang atas pentas tu, .. saya masih boleh nampak lah dalam dua ke tiga orang kawan sekolah saya kat tu.

Ok.. so.. tahun ni punya tema "#SehatiSejiwa" . Dah pakai hashtag # nampaknya. Dah ikut trend. Tahun lepas punya tema pulak pakai "Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta". Macam satu ayat dalam lirik lagu "Sudirman - Warisan" . Saya pun suka juga lagu patriotik yang dinyanyikan Allahyarham Dato' Sudirman bin Haji Arshad itu. Dapat saya rasa semangat patrotisme mengalir dalam jiwa..Hahaha.. mengalir macam air lah pulak.

Hmmm.. apa lagi saya nak nukilkan di sini yer. Rasanya dah tak ada kot. Cuma, nak cakap sikit sebelum mengakhiri catatan kali ini. Saya harap, Malaysia akan sentiasa aman, harmoni, sejahtera, tenteram dan segala kebaikan lagi lah. Saya juga berharap agar rakyat negara ini dapat mengekalkan perpaduan antara kaum kerana dengan semangat perpaduan itulah yang menyatukan kita semua.



Semoga sambutan hari kebangsaan pada tahun-tahun yang berikutnya akan terus menjadi lebih baik dan lebih meriah lagi di samping dapat memberi impak yang positif dalam diri setiap orang juga dapat membakar semangat warga Malaysia agar sentiasa bersatu padu mempertahankan dan mengekalkan kemerdekaan negara tercinta kita, Malaysia. 

#Merdeka
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan