Isnin, 31 Ogos 2015

Cara Mudah untuk Muat Turun/Download Video daripada YouTube Secara Online

KALAU RASA TAK NAK BACA SEMUA YANG DI BAWAH INI DAN NAK TERUS DOWNLOAD VIDEO DARIPADA YOUTUBE SECARA ONLINE TANPA PERLU GUNA SOFTWARE, SILA KE = SaveFrom.net

Okay, so, korang yang jumpa artikel ni dalam blog saya mungkin memang tercari-cari benda ni atau secara tidak sengaja sampai ke sini. Jadi, korang suka simpan video daripada YouTube untuk simpanan peribadi atau untuk kegunaan yang tertentu ? Nak download tanpa perlu guna software ? Nak online jer ? Tak ada masalah, saya ada penyelesaiannya.

Setakat ni, cara ni masih boleh digunakan. Saya tak jamin kalau cara ni masih boleh digunakan untuk masa yang akan datang. Tapi, saya harap boleh. Kalau tak boleh pun, boleh beritahu saya dan saya akan beri laman web yang lain sebab ada banyak lagi sebenarnya laman web untuk download video yang saya memang tak akan sempat nak bagi kalau saya bagi sekarang.

Okay, kita straight to the point ..

1. (Kalau nak terus copy link address untuk video tu pun boleh) Cari video yang korang nak download dan masuk ke dalam video tu ler. Tengok URL, ataupun alamat video tu. URL akan nampak seperti ini:

https://www.youtube.com/watch?v=jNQXAC9IVRw

Dalam kes kita sekarang ni, saya sedang buka video pertama di YouTube sebagai contoh. Dan URL di atas adalah URL untuk ke video tersebut.

Jadi, apa yang anda perlu buat adalah tambah huruf "ss" di sebelah kiri "youtube.com"

Akan jadi lebih kurang macam ni "ss.youtube.com" tapi pastikan jangan taip dekat bahagian "https://www.", taip lepas 'dot' itu sahaja. Atau kata lain, lepas W3 dan dot iaitu "www."

 #Nota = W3 bermaksud "WWW"

Me at the zoo - Contoh

Ini URL asal = https://www.youtube.com/watch?v=jNQXAC9IVRw
Ia akan jadi = https://www.ssyoutube.com/watch?v=jNQXAC9IVRw

2. Lepas dah taip "ss" tu, terus tekan butang enter pada papan kekunci anda ataupun bahasa lainnya keyboard.

Anda akan di bawa ke laman web savefrom.net (Biasanya dia akan buka pada tab yang sama, jadi kalau nak buka pada tab yang baru boleh copy link yang dah diletakkan "ss" dan buka pada tab baru)


3. Lihat gambar di bawah, lebih kurang macam ni ler yang akan jadi lepas tekan enter.

Lihat di bawah 'Download links', ada beberapa format dan kualiti video yang tersedia untuk anda download. Pilih dan klik. Itu sahaja. Terima Kasih sebab sudi membaca tutorial saya ! - Muhamad Azlan Islam

#Nota : Semuanya dalam bentuk video. Tiada mp3 kecuali jika anda download Ummy Video Downloader yang disediakan dalam laman web tersebut. (Ada kualiti video yang lebih baik dan ada format mp3)

Ni contohnya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan