Jumaat, 30 Jun 2017

YouTube's New Layout

Merujuk kepada tajuk di atas, saya nak bagitahu sikitlah tentang layout baru YouTube ni. Sebenarnya layout ni taklah baru sangat, dah lama sikit. Saya pun  biasa nampak, tapi tak pernah nak cuba. So, sejak beberapa minggu ni, saya cubalah pakai layout ni. 💁🏻

Memang ok jugaklah sebab ada Dark Theme, so peminat setia YouTube memang takkan sakit mata sangatlah kalau pakai Dark Theme ni. Sebelum ni, YouTube Gaming je ada Dark Theme, kini, YouTube biasa pun dah ada. 😲

Ni screenshot, sebelum tukar layout 😒


Selepas dah tukar layout 😚


Dark Theme 💻

Kesimpulannya, saya memang suka guna layout baru ni punya Dark Theme, rasa macam lebih selesa bila guna. Sampai hari ni, tak tukar lagi theme warna putih yang asal tu. 😌

Hmmm.. tentang macam mana cara nak tukar ke layout baru ni, sorrylah, saya tak dapat nak share sekarang sebab internet tengah slow pulak, so, dapat post benda ni jelah buat masa ni. Jadi, korang bolehlah pergi kat YouTube dan belajar sendiri ya. 😏😅

Teruskan membaca 👉🏻 MUHAMAD AZLAN ISLAM #SelamatHariRaya 😊🎉

Isnin, 1 Mei 2017

MSU Cyber Games Competition 2017

1 May 2017, bulan baru, cerita baru. Tapi, kali ni, nak update tentang "MSU Cyber Games Competition 2017" yang diadakan semasa awal bulan Mac di MSU 🏫 😆.

Pada mulanya, sekolah saya dapat surat tentang competition ni dan Cikgu saya bagi saya peluang untuk masuk. Tapi.. Hmmm.. Bila dengar "Cyber Games Competition", saya fikir.. ada..lah kot game yang saya main macam Blackshot ke, CS: GO ke.. sebab saya memang biasa main game FPS je 🔫. Tiba-tiba dapat tahu, gamenya adalah DOTA 2. Masa tu, harapan agak berkecai juga sebab, ya.. saya memang main DOTA 2, tapi dah lama dah saya main, dan masa saya main dulu pun, bukannya saya selalu main sangat. Kira macam budak baru nak up lah dalam game tu masa saya main dulu. 😅

So, akhirnya, setelah berbincang dengan guru pengiring dan beberapa rakan saya yang nak masuk competition ni tapi tak boleh sebenarnya sebab nak bawa 1 team je, keputusan telah pun dibuat dan sekolah kami membawa 1 bas murid sekolah kami yang nak lawat MSU 🚌. Saya antara orangnya. 😉


Banner yang dipaparkan melalui LCD Projector 🙄


Bukan sahaja melawat MSU, tapi, kami juga hadir sebagai supporters kepada 2 team sekolah kami. Kalau tak silap saya, team yang ke-2 tu, mereka bayar sendiri duit penyertaan mereka. Mereka memang betul-betul nak masuk competition ni dan saya akui yang mereka memang antara player yang hebat main game DOTA 2 ni. 😏

Nak buat macam mana, sekolah kami tak dapat TOP 3, 😌 tapi dapat TOP 5 daripada lebih kurang 20 lebih sekolah yang turut serta dalam pertandingan ni 😊. Saya rasa sekolah saya boleh menang sebenarnya, sebab berdasarkan apa yang saya dengar, masalah sekolah saya tak menang tu adalah kerana mereka kena ikut peraturan yang telah ditetapkan je. Lagipun, salah satu peraturannya memang kena main dalam masa 30 minit, and.. ada beberapa tower tertentu yang mereka kena destroy untuk dapatkan point. Hmmm.. itulah masalahnya, main pakai point. So, mereka tak dapatlah main DOTA 2 ni secara.. boleh saya katakan "permainan penuh". 😐


Tulisan besar "msu" 😍


Tapi, tak apa, bulan Jun ke Julai ni.. Hehe, saya pun lupa, mereka akan main lagi untuk sekolah saya dan kalau berjaya memenangi pertandingan tu, mereka akan lawan team daripada Singapore dan Indonesia pula. 😁😁😁


Para pemain dan supporters 🙃


Saya memang teruja dapat ke MSU untuk kali kedua 😄. Saya pernah ke MSU masa saya form 2 iaitu pada tahun 2015. Maksudnya, 2 tahun lepaslah 😎. Kali ni, saya ke MSU untuk "MSU Cyber Games Competition 2017" selama 2 hari, pada 1 dan 2 Mac 2017. Kelainan kali ni, saya dapat lawat MSU dan dapat tahu tentang program-program yang ditawarkan di MSU ni. Saya rasa berminat nak masuk program Foundation in Information Technology lepas SPM nanti 💻sebab saya memang minat bidang IT 👨‍💻.

Rasa minat nak masuk MSU ni memang ada, tapi, tengok keadaan dululah. Kita mampu merancang, tapi Tuhan yang menentukan. 🙂

Sekian sahaja untuk kali ini, terima kasih kepada korang semua yang masih menyokong saya. 😊

🤜 MUHAMAD AZLAN ISLAM

Rabu, 22 Mac 2017

ALC College - Bengkel Kepimpinan SEBUKTI

Tengah cuti seminggu ni, tapi cuti pun tak rasa macam cuti sangat, saya baru je balik sekolah ni. Baru balik sebab ada latihan syarahan. Macam biasalah, masa macam ni baru dapat update blog. Hahaha 😂 🤣.

Sekarang ni saya nak update untuk Februari dulu 😆. Ok, so, masa Februari sekolah saya buat Bengkel Kepimpinan di ALC College

Masa pergi sana tu, memang banyak orang hairanlah sebab kawasan dia macam kawasan perkilangan. College tu sendiri ramai orang fikir kilang. Tak pernah tahu yang rupa-rupanya bangunan tu College. Tapi, betul kata orang yang tengah beri penerangan tentang College tu kat kami "Don't judge a book by its cover", dalam College tu memang cantik. Banyak tempat yang bertemakan negara-negara yang pernah dikunjungi CEO College tu kalau tak silap saya. Saya pun tak pasti CEO College ke atau CEO syarikat pengasas College tu ke. Hmm..entahlah, tak ingat sangat 😅.

Nah, sedikit gambar sepanjang hari tu.

Depan pagar masuk ALC College 

Sebelum bertolak 


Semasa program 

Wefie sebelum balik 

Ok, sampai di sini sahaja update kali ni. Tak banyak benda sangat nak cerita dah. Masih sibuk lagi. Nak siapkan urusan yang terbengkalai dulu 🙃. Jumpa lagi dan teruskan menyokong saya yang tak seberapa ni 🖐️. Hahaha 😹.

👉 MUHAMAD AZLAN ISLAM 😼

Sabtu, 21 Januari 2017

Sunway University - Jemputan ke Asia Leadership Conference 2017

🎊 🎊 🎊 Selamat Tahun Baru, 2017. 🎉 🎉 🎉

   Rasanya tak terlambat lagi kot nak ucap, kan? Masih Januari 😆. Hahaha 😂. Ok lah, rasanya baik saya teruskan je dengan update terkini. Dah lama sangat tak update blog. Kesibukan melanda sepanjang masa 😬. Waktu cuti hujung minggu macam ni baru ada masa 😌. Banyak aktiviti yang saya nak update, tapi, buat masa ni, nak update untuk aktiviti yang paling latest dululah.

ASIA LEADERSHIP CONFERENCE 2017😆
   Minggu lepas, hari Sabtu, 14 Januari 2017, saya dan 9 orang kawan saya telah mewakili sekolah ke Asia Leadership Conference 2017 yang telah diadakan di Sunway University. So, ada 10 orang semuanya. Kalau tak percaya juga, nah..

Saya orang kedua dari kiri. Yang di sebelah kanan saya tu (orang pertama dari kiri) ialah Dharneesh (kawan baik).

   Ada 10 orang, kan? 😁😁😁, takkan saya salah kira kot? 😛. Saya dan seorang kawan saya yang perempuan tu je pakai uniform sekolah. Hahaha 😆. Nampak tak? Kami semua tak pakai pakaian yang sama 😏. Itu 'teknik mengelirukan' orang namanya 😉. Tak ramai orang tahu kami dari sekolah yang sama.

Tadi gambar formal, ini pula, wefie.

   Kawan saya daripada PCS Dis'16 kata saya 'boleh jadi YB' bila nampak pakaian yang saya pakai. Yer ke boleh jadi YB? 😅😅😅😂😂😂😆😆😆. Memanglah nampak macam YB sebab pakai blazer 🤵. Tapi, blazer pengawas je kot 😐.

Ya.. saya seorang delegate. Siap ada emoji smile lagi 😊.

   Dapat booklet ni bersama beberapa barang lain seperti pen 🖊, buku 📖, baju 👕, dan lain-lain daripada beg yang diberikan masa pendaftaran.

Masa ambil kehadiran 🙋🏻‍🙌🏻. Nama saya yang ke-111 😱.

Cantik juga nombornya, semua nombor 1. Jadi 111 😄. Hehehe 😀. Tengoklah nama siapa 😏.

Ni masa dengar talk tentang 'Healthcare & Education' 😔.

Rasa mengantuk sikit, sebab dah dengar banyak talk 😴 😴 😴. Tapi, redha je lah 😐 😐 😐.

Wefie bersama Orianne Sinee Montaubin, orang yang saya rasa paling pandai bagi talk sepanjang conference ni 😊.

🤜  Teruskan menyokong saya, MUHAMAD AZLAN ISLAM 😄

Selasa, 8 November 2016

Program Selepas PT3 - Ceramah dan Lawatan

Global EDU
PT3 2016 dah tamat. Kami dah ‘merdeka’ walaupun hanya sementara. Namun, ‘kemerdekaan’ yang kami rasa sekarang ni, belum cukup indah selagi keputusan belum diberikan.

Sementara menanti hari mengambil keputusan, macam biasalah, setiap tahun mesti akan ada banyak program sama ada dalam sekolah ataupun di luar sekolah. Kalau saya, sudah tentu saya sertai kesemua program yang dijalankan, kalau tentang lawatan, hmmm.. memang dah teramat pastilah saya akan ikut. Siapa tak nak pergi lawatan ? Boleh keluar daripada sekolah dan melawat tempat-tempat yang menarik bersama kawan-kawan kita. Eh, lupa pulak, cikgu sekali.

Sekarang ni, saya nak cerita tentang lawatan sahaja, kalau cerita tentang dalam sekolah punya program memang bertambah panjang lagilah cerita ni nampaknya.

Jadi, program di luar sekolah yang pertama sekali saya sertai selepas PT3 ni adalah “Global EDU”. Global EDU ni sebenarnya pusat latihan kemahiran. Sesiapa yang berminat untuk belajar kemahiran, boleh ke tempat ni. Memandangkan kami murid-murid tingkatan 3 baru jer lepas menjawab paper PT3, memang cikgu dah mula cuba untuk tarik minat beberapa murid yang nak sambung pelajaran mereka dalam bidang kemahiran.


Gambar masa di Global EDU

Kami pergi ke dua tempat pada hari kami ke Global EDU. Global EDU bertempat di Bandar Bukit Tinggi manakala tempat  kedua yang kami pergi tu pula bertempat di Setia Alam. Nama tempat tu pula adalah Asean Culinary Academy, kalau tak silap saya lah. Di sana boleh belajar cara nak buat kek, nak sediakan makanan dan banyak lagilah yang berkaitan tentang makanan.

Dalam bas, menuju ke Asean Culinary Academy
Masa dengar ceramah di Asean Culinary Academy

Kami semua dapat banyak maklumat yang berguna dan penerangan yang disampaikan sangat jelas. Walaupun tak dapat nak rasa makanan di sana (hehehe), lawatan tu tetap memuaskan hati saya.


Nah, beberapa gambar semasa di sana






Ok, rasanya itu sahaja untuk Global EDU, mari ke tajuk yang seterusnya.

Lawatan ke
Akademi Penerbangan Malaysia/ Malaysia Aviation Academy (MAvA)
Hmmm, nak digambarkan… tempatnya memang cantik, memang ‘akademi’. Memang terbaiklah. Pertama sekali, kami dengar ceramah pendek tentang kawalan trafik udara semasa sampai di akademi tersebut. Lepas ceramah, jalan-jalan  makan angin sekitar kawasan akademi itu. Semasa melawat ke sekeliling tempat tu, benda pertama dalam fikiran ‘yes, nak jumpa pilot’. Malangnya, tak ada pilot. Pramugari pun tak ada.

Tapi, semangat datang kembali apabila kami semua diberi peluang untuk masuk ke dalam 240D Simulator. Mula-mula dapat masuk ke dalam yang 360D Simulator, tapi sebab penyaman udaranya rosak dan menyebabkan suhu yang sepatutnya tidak dapat dikekalkan, tak dapatlah nak cuba simulator tu.  Tapi yang 240 punya pun seronok juga.

Dalam simulator, dapat tengok macam mana kapal terbang nak take off, nak landing, keadaan semasa hujan, salji, ribut, dan keadaan air traffic controller yang tak boleh nak main-main sebab kena jaga trafik udara sepanjang masa.

Lepas keluar daripada simulator, kami semua terus ke ‘tempat makan’. Entahlah apa nama tempat tu, saya pun dah lupa. Kemudian, makan dan minum, lepas tu tangkap gambar beramai-ramai depan akademi tu sebelum meneruskan perjalanan kedua kami ke pesta buku di Putrajaya.

Yaaa… sampai je di Putrajaya, terdengar pulak ada kawan saya cakap dia tak pernah pergi Putrajaya, hmmm.. kesiannya dia, akhirnya dia dapat pergi dan merasa tempat tu juga.

Terfikir juga, kenapa cikgu bawa kami ke pesta buku ni ? Tapi, persoalan itu hilang bila saya dapat ‘hikmah’ di sebalik perjalanan ke sana.  Alhamdulillah, saya rasa sangat bersyukur kerana apa yang saya sangat inginkan baru-baru ini, telah saya dapat di pesta buku tersebut. Wah, sungguh indah pengalaman di situ bersamanya (Hati sedang berbunga).

Tak lama pun di pesta buku, sejam je, kawan saya pandai, tinggalkan saya dengan seseorang yang saya perlu jaga lepas tu keluar kemudian pergi beli air dan minuman, saya pula tak perasan yang masa lawatan dah hampir tamat, dah kena berkumpul semua ke bas, jadi, saya pun tak sempat nak beli apa-apa untuk diminum atau dimakan di dalam bas, dah lah tengar lapar masa tu. Bukan rezeki lah nampaknya.
Habis lawatan, pulanglah kami semua ke sekolah sebelum pulang ke rumah.

Itu sahaja untuk kali ini. Tamat.

Rabu, 14 September 2016

Kemerdekaan yang Sama Dinikmati

#Merdeka59 

Cuti sekolah seminggu. Baru ada masa nak update blog. Bulan depan dah PT3. Lagi 2 hari pulak, hari Malaysia. Tak sempat nak update blog bulan lepas, jadi saya update blog saya untuk bulan ni. Lepas PT3 nanti, mungkin saya akan selalu update blog saya agar sentiasa segar dengan update yang terkini.

Rasanya tak banyak kot saya nak cerita sebab saya pun bukannya nak menerangkan sesuatu kepada anda semua. Jadi, seperti biasa. Saya cuma cerita sedikitlah peristiwa yang berlaku dalam hidup saya pada bulan lepas sehingga ke masa saya update sekarang ni.

Merdeka 
Bulan lepas adalah bulan kemerdekaan kerana negara Malaysia menyambut kemerdekaan pada 31 Ogos setiap tahun (Rasanya korang pun memang dah lama tahu). Sekolah saya mengadakan majlis perasmian dan majlis penutupan bulan kebangsaan dan kemanusiaan seperti biasa yang sekolah saya buat setiap tahun. Pada pendapat saya, kemerdekaan negara tahun ini sedikit berbeza (berbeza yang baik) kerana sekolah saya telah menerima seorang pelajar pertukaran yang kedua. Orangnya perempuan dan berasal dari Itali. Timing dia memang cantik. Datang Malaysia masa dekat-dekat nak merdeka dan masuk sekolah betul-betul waktu majlis perasmian untuk bulan kebangsaan dilaksanakan.

Pelantikan Pengawas 
Tak banyak nak cerita bahagian ni, cuma saya, kawan-kawan pengawas saya dan pengawas yang baharu telah pun dilantik sebagai pengawas sekolah bagi sesi 2016/2017. Nampaknya saya dah ada jawatan. Saya bukan minta pun, tapi saya tetap bersyukur walaupun saya tahu yang saya akan menggalas tanggungjawab yang lebih berat. Saya jadi penolong unit siaraya. Jadi, saya dan ketua sayalah yang setiap hari dan setiap minggu kena pasang sistem PA, lagu patriotik (sepanjang bulan kebangsaan), naikkan bendera Malaysia, negeri Selangor dan bendera sekolah. Kalau tak silap saya, apa-apa kenyataan baru yang nak dipasang di papan kenyataan pun kami yang kena uruskan.

Hari Raya Aidiladha/Haji/Korban 
Korang pun tahu yang dalam cuti seminggu ni, rakyat Malaysia dan khususnya buat umat Islam diseluruh dunia menyambut perayaan "Hari Raya Aidiladha" dan melaksanakan ibadah haji dan juga melakukan korban. Tahun ni, macam biasa, saya cuma sempat solat sunat sahaja, tapi tak sempat tengok cara mereka melaksanakan korban tu (kesiannya saya tak pernah tengok walaupun dah 15 tahun hidup di dunia ini).

Okay, jadi itu sahaja untuk kali ini. Gembira rasanya dapat mencipta memori baru bersama kawan-kawan, guru-guru, dan semua orang di sekeliling saya.

Selamat Hari Kebangsaan yang ke-59 dan Selamat Hari Malaysia yang ke-53 !

 MUHAMAD AZLAN ISLAM

Rabu, 6 Julai 2016

Ramadhan Bulan Pengampunan - 1 Syawal Hari Kemenangan

Saya sahaja ke, atau memang saya update blog saya sendiri hanya sekali dalam masa sebulan ? Ok, mungkin bukan saya sahaja.


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Sumber gambar : Google Images

SIBUK    
Hmmm.. kalau anda sendiri buat kajian tentang saya pun, anda semua mesti tahu yang sekarang ni saya dah tingkatan 3 pada tahun ini. Jadi, saya memang sangat sibuk selepas cuti selama dua minggu hari tu (cuti lepas mid-year exam).

TUGASAN PT3 
Baru je lepas buat kajian sejarah hari tu. Lepas cuti seminggu ni, kena buat kerja untuk subjek geografi pula. Sabar je lah. Lepas PT3 nanti, Insya-Allah dapat ketenangan sikit.

HARI NI HARI RAYA 
Kalau lihat pada tarikh saya menulis tentang perkara ni, iaitu 6 Julai 2016, sesiapa yang masih ingat pasti tahu bahawa tarikh ini juga merupakan tarikh 1 Syawal 1437H yang bermaksud, pada tarikh ini, umat Islam menyambut hari kemenangan (hari raya) setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadhan.

RUMAH TERBUKA 
Sebenarnya, saya sekeluarga rancang nak pergi Seri Perdana hari ni, untuk menghadiri majlis rumah terbuka perdana menteri, tapi nampaknya hajar itu tidak tercapai. Reda je lah. Disebabkan ketidakjadiaan itulah saya sekeluarga pulang semula ke rumah dan buat kerja masing-masing. Saya tak perlu nak beritahulah apa yang saya buat, sebab dah memang teramat jelas yang saya sedang menaip sesuatu untuk blog saya masa ni.

Tak ada banyak gambar nak post. Maaflah. Saya ciplak je gambar atas tu daripada Google Images. Tak tahulah siapa punya, tapi maaf jugalah kalau saya langgar hak cipta. Boleh beritahu saya kalau gambar tu ada hak cipta, saya akan segera padam daripada blog saya.

Saya boleh nak cerita banyak, tapi saya tak dapat nak buat sebab saya sendiri sebenarnya tak tahu apa nak diceritakan. Jadi, saya rasa sampai di sini sahajalah apa yang saya nak ceritakan kali ini dan saya juga nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam di dunia dan semoga kita bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang. Insya-Allah.

MUHAMAD AZLAN ISLAM